409 kemalangan dilaporkan pada ‘Op Selamat 19’ bagi tempoh 18 -24 Jan 2023

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 409 kemalangan telah dilaporkan pada “OP Selamat 19” bagi tempoh 18 Januari hingga 24 Januari 2023, berbanding dengan tempoh sama pada “Op Selamat 17” iaitu 303 kemalangan.

Operasi “Op Selamat 19” bermula 18 27 Januari 2023 itu dilancarkan Sempena Tahun Baru Cina 2023 oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, kes kemalangan yang dilaporkan menunjukkan peningkatan sebanyak 106 kes iaitu 35 peratus.

“Manakala bagi kes kemalangan pada “Op Selamat 19” yang menyebabkan kematian, lima orang maut berbanding “Op Selamat 17” yang mencatatkan 6 kematian yang menunjukkan penurunan sebanyak satu kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagi kes pecah rumah, bermula 18 Januari hingga 24 Januari 2023, sebanyak 25 kes telah dilaporkan namun tiada kejadian kes pecah rumah bagi Tuan Rumah yang telah memaklumkan kepada pihak Polis untuk pulang bercuti.

“Sebanyak 100 laporan/ borang balik kampung yang dibuat oleh masyarakat dan pihak polis telah melakukan sebanyak 1189 lawatan ke kediaman tersebut,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut turut dinyatakan, sepanjang tempoh “Op Selamat 19” ini dijalankan, sebanyak 157 operasi telah dijalankan dan 6,845 keping saman telah dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya atas pelbagai kesalahan.

“Seramai 19 orang telah ditangkap di bawah Seksyen 45(1) APJ 1987 (Mabuk), Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

“Semasa “Op Selamat 19” ini dijalankan sebanyak 44 buah kenderaan pelbagai jenis telah di rampas/sita atas pelbagai kesalahan,” jelasnya.

Beliau berharap agar semua lapisan masyarakat dan pengguna jalanraya amnya sentiasa berhati-hati serta mengamalkan sikap bertolak ansur semasa memandu di jalan raya.

“Keselamatan di jalanraya adalah menjadi tanggungjawab kita bersama agar kita dapat mengurangkan jumlah kemalangan semasa musim perayaan ini. Semoga perayaan Tahun Baru Cina 2023 ini disambut dengan meriah dan selamat,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *