HomeUtamaFAMA Sabah capai nilai jualan RM2.55 juta menerusi JTDL tahun lalu

FAMA Sabah capai nilai jualan RM2.55 juta menerusi JTDL tahun lalu

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU :  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah berjaya mencapai nilai jualan sebanyak RM2.55 juta menerusi pelaksanaan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) pada tahun lalu.

Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid berkata, program itu juga dapat memberi nilai penjimatan kepada pengguna sehingga 10 peratus berbanding harga pasaran semasa.

Katanya, menerusi program yang dilaksanakan di 10 buah lokasi jualan di Sabah dan Labuan itu juga telah berjaya meraih penjimatan jualan sebanyak RM255,000.

“Pada tahun lalu, FAMA Sabah telah berjaya meraih nilai jualan sebanyak RM2.55 juta menerusi program JTDL di 10 lokasi di Sabah dan Labuan melibatkan 70 orang usahawan.

“Antara barangan komoditi yang dijual adalah buah-buahan; sayur-sayuran; ayam; daging; ikan; telur; produk IAT; dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program JTDL di Pasar Tani Asia City yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di sini semalam.

Ribin berkata, antara lokasi yang terlibat dengan program berkenan adalah di Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) Papar; Pasar Am Membakut; Pasar Tani Sabindo; Pasar Tani Kinabatangan; Pasar Tani Sandakan; Pasar Tani Mega Papar; Pasar ani Asia City; Pasar Tani Ranau; Pasar Tani Kekal Keningau dan Pasar Tanui Labuan.

Katanya, program itu juga menyediakan luang pasaran tambahan bagi produk agromakanan termasuk bekalan ayam dan telur kepada pengguna.

Tambahnya, program itu juga dapat meningkatkan lagi pendapatan usahawan melalui jualan terus kepada pengguna tanpa perantara pasaran.

Dalam pada itu, Ribin berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama dengan agensi Kerajaan yang lain untuk jualan ayam dan ikan.

Katanya, antaranya seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS); Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).-SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular