HomeUtamaOperasi serentak 'Op Selamat 19' dan 'OP Banjir 2023' di Kota Marudu

Operasi serentak ‘Op Selamat 19’ dan ‘OP Banjir 2023’ di Kota Marudu

Read Time:57 Second

KOTA MARUDU: Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah mengambil pendekatan dengan menjalankan operasi serentak iaitu ‘OP Selamat 19’ bersama ‘OP Banjir 2023’.

Operasi tersebut berikutan situasi hujan lebat secara berterusan dan fenomena air pasang di hilir sungai sehingga menyebabkan berlakunya kejadian banjir besar di Kota Marudu dan Pitas.

Sjn Ambrose dan Kpl Nassier membantu membersihkan pokok tumbang di Jalan Marak Parak (KM/Ranau). – Foto ihsan PDRM KM

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan (Supt) Zairolnizal Ishak berkata, pemantauan berterusan dilakukan di jalan-jalan utama yang berisiko dinaiki air bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Anggota polis bertugas membantu menyelamat mangsa banjir di Kota Marudu. – Foto ihsan PDRM KM

“Operasi yang dilakukan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan memudahkan pergerakan perjalanan semasa bagi penguna-pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, dalam bencana banjir kali ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 31 kampung melibatkan sehingga 5581 mangsa.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, OP Selamat 19 dijadualkan berakhir pada 27 Januari 2023, seterusnya pihak BSPT akan memberi tumpuan kepada Operasi Kenderaan Perdagangan, Operasi Motosikal dan Operasi Had Laju.

RELATED ARTICLES
Utama

NGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular