Banjir : Jumlah mangsa kembali meningkat, dua lagi PPS dibuka

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Situasi banjir di Sabah kembali mencatat peningkatan jumlah mangsa apabila dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 8 pagi tadi menjadi jumlah mangsa keseluruhan bertambah kepada 1,532 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, jumlah mangsa yang ditempatkan di 10 buah PPS di empat daerah terjejas banjir itu adalah melibatkan 560 ketua isi keluarga (KIR).

Antara daerah maish terjejas banjir ketika ini adalah Paitan; Pitas; Lahad Datu dan Telupid.

“Dua PPS yang baharu dibuka di Telupid adalah di Dewan Kampung Mauu dan Masjid (Lama) Gana Jati yang masing-masing menempatkan seramai 31 dan 50 orang mangsa.

“Dengan pertambahan PPS itu, jumlah mangsa di Telupid meningkat kepada 226 orang melibatkan 59 KIR yang ditempatkan di empat PPS setakat jam 8 pagi tadi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,152 mangsa diikuti Paitan (111 mangsa) dan Lahad Datu (43 mangsa)

Trend situasi semasa banjir di negeri ini mencatat peningkatan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *