HomeEkonomiBeaufort mampu menjadi sebuah 'Coop-City' - Ruslan

Beaufort mampu menjadi sebuah ‘Coop-City’ – Ruslan

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

BEAUFORT: Daerah ini diyakini mampu menjadi sebuah bandar koperasi atau ‘Coop-City’ dengan pertambahan jumlah koperasi yang terus meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, beberapa koperasi yang telah diwujudkan sebelum ini juga dilihat masih berdiri dan terus berkembang.

Katanya, sepanjang menjadi wakil rakyat, beliau telah terlibat secara langsung dalam penubuhan lima buah koperasi khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

“Antaranya ialah Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad dan Koperasi Belia DUN Lumadan Beaufort Berhad selain tiga koperasi yang saya pengerusikan sebelum menjadi wakil rakyat.

“Tiga koperasi berkenaan ialah Koperasi Bersatu Kampung Suasa Beaufort Berhad; Koperasi Bersatu Kampung Mentulud Beaufort Beaufort; dan Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Coop-Restoran iaitu Restoran Murni yang dimiliki Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, usaha bagi menjadikan daerah ini sebagai bandar koperasi perlu gandingan dan kerjasama yang mantap daripada semua pemimpin di Beaufort selain sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Katanya, kerjasama semua pihak dalam merealisasikan idea daerah ini sebagai bandar koperasi juga bersesuaian dengan konsep Kerajaan Perpaduan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan kredit terbesar kepada pihak SKM yang telah banyak memberikan bantuan, geram serta berkongsi pelbagai ilmu yang bermanfaat sebagai panduan kepada semua koperasi yang berada di DUN Lumadan.

“Besarlah harapan saya agar KUSKOP dapat terus membantu khususnya menyalurkan lebih banyak peruntukan dan geram kepada koperasi-koperasi yang terdapat di Sabah selain dapat memberikan banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad bakal memiliki Pasar Raya Besar dengan keluasan lapan pintu tiga tingkat di Bandar Mingo di sini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular