Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah nafi terbabit salah guna kuasa 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad, Mohd Shukor Abdul Mumin menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam salah guna kuasa membabitkan penjualan sebuah anak syarikat dan pelantikan ahli keluarga dalam syarikat.

Susulan itu, Mohd Shukor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini, hari ini, terhadap dua blog yang menyiarkan dakwaan salah laku kononnya dilakukan beliau.

“Ini semua tidak betul dan rekaan, saya langsung tidak terbabit dengan dakwaan itu serta menafikannya. Segala artikel dalam blog itu tidak benar, berunsur fitnah dan berniat jahat,” katanya kepada selepas membuat laporan itu, hari ini.

Mohd Shukor berkata, pihaknya dan Qhazanah Sabah juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan mengalu-alukan siasatan terhadap kes berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terlebih dulu, sebelum menimbang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap blog terbabit. 

Difahamkan, antara lain, blog itu menyiarkan laporan mendakwa Mohd Shukor menyalahguna kuasa dan terbabit dalam penjualan anak syarikat Qhazanah Sabah, selain dakwaan beliau melantik anaknya sebagai ketua pegawai eksekutif bagi anak syarikat Qhazanah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *