HomeUtamaBanjir : Beluran daerah terbaharu catat jumlah mangsa terjejas banjir

Banjir : Beluran daerah terbaharu catat jumlah mangsa terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Beluran menjadi daerah terbaharu merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir menjadikan seramai 628 orang mangsa ditempatkan di 14 buat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, jumlah mangsa yang terlibat itu ialah melibatkan sebanyak 187 ketua isi keluarga (KIR) di empat buah daerah di negeri ini.

Antara daerah yang terjejas banjir adalah di Paitan; Lahad Datu; Telupid dan terbaharu di Beluran.

“Sehingga jam 4 petang tadi, Beluran menjadi daerah terbaharu terjejas banjir melibatkan enam orang mangsa melibatkan sebuah KIR dan telah ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Balai Raya Kampung Klagan.

“Manakala di Telupid, mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah berkenaan kekal tinggi iaitu seramai 455 orang melibatkan 130 KIR dan telah ditempatkan di sembilan buah PPS,” menurut kenyatan itu di sini hari ini.

Bagi daerah Paitan, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS adalah seramai 122 orang melibatkan 44 KIR dan telah dipindahkan ke tiga buah PPS di daerah berkenaan.

Manakala di Lahad Datu, jumlah mangsa kekal merekodkan seramai 45 orang mangsa melibatkan 12 KIR dan telah ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini kembali mencatat peningkatan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya