HomeIsu tempatanUMS anjur bengkel semakan semula dasar penyelidikan dan inovasi

UMS anjur bengkel semakan semula dasar penyelidikan dan inovasi

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Bengkel Semakan Semula Dasar Penyelidikan dan Inovasi selama dua hari di sini, baru-baru ini.

Program itu antara lain bertujuan menyemak semula dasar sedia ada bagi melancarkan segala proses permohonan dan kerja-kerja berkaitan penyelidikan di UMS.

Ia juga bagi mengumpul dan menyeragamkan semua dokumen dan garis panduan bagi mengelakkan kekeliruan serta membantu para penyelidik mendapatkan sumber rujukan yang lebih jelas.

Majlis perasmian penutupannya disempurnakan Naib Canselor UMS. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor.

Berucap pada program tersebut Dr Kasim berkata, bengkel itu amat bertepatan bagi menggalakkan para penyelidik lebih aktif untuk mendapatkan dana dan membuat jalinan hubungan kerjasama dengan pihak industri.

“Kita juga menggalakkan agar penyelidikan yang dijalankan hendaklah memberikan impak kepada komuniti seiring dengan usaha pihak universiti untuk melahirkan masyarakat yang berinovasi (Leading towards Innovative Societies).

“Sebagai sebuah gedung ilmu terkemuka di Sabah, para penyelidik UMS perlu berperanan sebagai pakar rujuk dalam pelbagai bidang kepakaran.

“Inilah yang UMS mahukan iaitu ilmu dan kepakaran seharusnya dikongsi, disebarluaskan ke arah menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri Sabah tercinta ini,” katanya.

Bengkel yang diadakan buat julung kalinya itu disertai 75 peserta yang terdiri daripada dekan-dekan fakulti, pengarah-pengarah pusat, timbalan-timbalan dekan penyelidikan dan inovasi, Pejabat Penasihat Undang-undang serta wakil Jabatan Bendahari UMS.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Prof Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan Pengarah PPP UMS, Prof. Dr. Jumat Sulaiman. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular