HomeUtamaBanjir : Mangsa banjir di Sabah mula susut

Banjir : Mangsa banjir di Sabah mula susut

Read Time:43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah mulai stabil apabila jumlah mangsa menyusut kepada 224 orang setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sehingga kini hanya daerah Beaufort yang masih merekodkan jumlah mangsa banjir melibatkan 63 ketua isi rumah (KIR).

Semua mangsa yang terjejas di Beaufort telah dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Selagon.

“Pada jam 9 pagi tadi, sebuah PPS di Telupid telah ditutup selepas situasi banjir di daerah itu mulai stabil dan semua mangsa dibenarkan pulang.

“Bagaimanapun, seramai 41 orang mangsa kebakaran yang berlaku di Tawau melibatkan lapan KIR telah ditempatkan di Masjid Al Munawwaroh Kampung Jawa,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

PPS yang ditutup di Telupid adalah PPS Masjid (Lama) Gana Jati.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini mencatat penurunan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya