HomeIsu tempatanJKPA mampu laksana hasrat KPT jadikan Malaysia hab bakat dan pengetahuan

JKPA mampu laksana hasrat KPT jadikan Malaysia hab bakat dan pengetahuan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengarah Antarabangsa Universiti Awam Malaysia (JKPA) mampu menyokong dan melaksanakan hasrat yang telah digariskan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memacu kecemerlangan agenda pendidikan tinggi negara.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, beliau yakin JKPA di bawah teraju pengerusi baharu, Dr. Zainab Mohd Noor mampu menggerakkan usaha dalam menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan serantau.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah sebagai Pengerusi JKPA bagi tempoh 2023 hingga 2025 kepada Dr. Zainab.

“Semoga di bawah teraju Dr. Zainab, JKPA akan terus menyumbang dalam memperkukuh dan mengantarabangsa sumber intelektual sebagaimana hasrat KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis Meet & Greet sempena Mesyuarat JKPA Universiti Awam Malaysia Kali Ke-27 yang berlangsung di Dewan Bankuasi, Bangunan Dewan Canselor UMS.

Kasim juga berharap agar JKPA akan terus memperkukuh peranan Malaysia sebagai ‘titik temu’ yang menarik kedatangan pelajar, penyelidik dan bakat global.

“Malaysia dengan kepelbagaian flora dan fauna dan yang paling utama kepelbagaian etnik dan budaya merupakan lokasi yang mampu menyediakan pengalaman pembelajaran yang fleksibel” ujarnya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan Pengerusi JKPA sesi 2021/2023, Profesor Dr. Yong Zulina Zubairi yang kini dilantik sebagai Pendaftar Universiti Malaya (UM) yang baharu serta menyempurnakan sesi pertukaran cenderamata bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) selaku pengerusi mesyuarat. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular