HomeSukanSabah FC perlu dua slot pemain import

Sabah FC perlu dua slot pemain import

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Beberapa slot penambahan pemain import akan dicadangkan bagi mengisi kekosongan untuk bermain dengan Sabah FC menjelang aksi Liga Malaysia musim ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak pengurusan Sabah FC untuk memohon kelulusan bagi menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.

“Kita akan serahkan kepada kebijaksanaan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan kelulusan berkaitan kuota yang lebih.

“Tetapi ini semua bergantung kepada keperluan serta kelulusan nanti apabila kita balik dari Bangkok. Kemungkinan kita perlukan seorang atau pun dua orang lagi pemain bagi memberi keseimbangan pada setiap posisi yang kita ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika mengulas mengenai kesebelasan utama Kim Swee berkata, secara keseluruhan masih terlalu awal untuk mengenalpasti kesebelasan utama dalam pasukan Sabah FC.

“Tetapi dengan apa yang kita akan lalui pada musim ini terutamanya banyak perlawanan Liga, Piala Malaysia, Piala FA serta termasuk Piala AFC, saya jangkakan kita harus mempunyai bukan sahaja kesebelasan utama tetapi kesemua pemain yang kita daftarkan boleh bermain pada bila-bila masa nanti,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini, Kim Swee berkata, ia seperti dalam perancangan serta semua pemain diberikan peluang untuk beraksi baik pemain tempatan yang baharu mahupun pemain import.

“Apa yang penting di sini kita dapat menilai daripada segi kekuatan serta kelemahan kita apabila mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum musim bermula.

“Ini adalah untuk memastikan kita mengenalpasti segala kelebihan serta kekurangan yang perlu kita perbaiki dalm tempoh terdekat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular