HomeSukanAT Keningau MMT Junior juara Pekan Cup 2023

AT Keningau MMT Junior juara Pekan Cup 2023

Read Time:1 Minute, 37 Second

LABUAN: Pasukan AT Keningau MMT Junior muncul juara kejohanan Pekan Cup 2023 bagi kategori B-11selepas menewaskan Tabs 2-0, di Kompleks Sukan Labuan, di sini, hari ini.

Lebih manis, pasukan berkenaan bukan saja dinobatkan sebagai juara, malah menghabiskan kejohanan tanpa kekalahan.

Di peringkat kumpulan, AT Keningau MMT Junior memulakan dua aksi mereka dengan keputusan seri namun bangkit untuk memenangi dua perlawanan seterusnya bagi membolehkan mereka berada di kedudukan kedua kumpulan A sekali gus layak ke separuh akhir.

MMT Junior sekadar berpuas hati di tempat ketiga bagi kategori B-9.

AT Keningau MMT Junior juga tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke final apabila mudah membenam AT Labuan B-10 dengan keputusan 3-1 di separuh akhir.

Dalam aksi final, AT Keningau MMT Junior dan Tabs yang mencatat keputusan seri ketika perlawanan peringkat kumpulan menunjukkan satu permainan sengit.

Bagaimanapun, kekentalan barisan pertahanan AT Keningau MMT Junior berjaya menidakkan setiap serangan Tabs, sebaliknya mereka berjaya mencipta dua gol untuk muncul sebagai pemenang.

Kategori B-11 turut menyaksikan pasukan Malawa muncul sebagai pemenang tempat ketiga manakala AT Labuan B-10 sekadar berpuas hati di tempat keempat.

Sementara itu, satu lagi pasukan yang dihantar MMT Junior berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori B-9.

Pasukan itu beraksi cemerlang di peringkat kumpulan apabila memenangi tiga aksi dan sekali seri, sekali gus berada di tangga teratas kumpulan A.

Bagaimanapun, mereka kurang bernasib baik di peringkat separuh akhir apabila kalah tipis 0-1 kepada Tabs B-9.

Dalam aksi penentuan tempat ketiga, MMT Junior bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum membenam Miruru FC 3-1.

Kategori B-9 menyaksikan Tabs muncul sebagai juara selepas menewaskan AT Labuan di final.Dalam pada itu, pasukan AT Kota Belud muncul juara kategori U-13 selepas menewaskan AT Kota Kinabalu di final.

Kategori itu turut menyaksikan Pensiangan United muncul pemenang tempat ketiga manakala AT Labuan di tempat keempat.

Kejohanan yang dianjurkan Pekan FC berkenaan merupakan antara program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya