HomeUtamaPerselisihan faham, kata kesat cetuskan pergaduhan dengan majikan

Perselisihan faham, kata kesat cetuskan pergaduhan dengan majikan

Read Time:1 Minute, 27 Second

ALOR SETAR: Perselisihan faham sehingga terkeluar perkataan ‘babi’ dipercayai menjadi punca pergaduhan suspek yang menyerang majikannya sehingga menyebabkan kematian di sebuah restoran di Jalan Stadium, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 55 tahun itu menyerang mangsa dengan menumbuk dan menggunakan kayu bendera.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod lampau dan ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada dadah.

“Kita juga masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa dan setakat ini seramai lima saksi sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya seperti yang disiarkan portal Berita Harian.

Dalam kejadian jam 5.15 petang kelmarin, mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 68 tahun itu rebah selepas ditumbuk dan dipukul menggunakan kayu bendera oleh suspek.

Kejadian berlaku ketika suspek yang juga pembantu tukang masak bersama isteri serta anak perempuannya bekerja di restoran terbabit sebelum berlaku perselisihan faham di belakang premis berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati perselisihan faham itu berlaku antara anak mangsa dan isteri suspek yang berang kerana anak pemilik restoran berkenaan menuang air bilasan pinggan ke dalam bekas peralatan yang sudah dicuci.

Ketika itu, mangsa keluar dari restoran dan terus memarahi isteri suspek sebelum berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa.

Mangsa dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek membuatkan pekerjanya itu hilang sabar dan menyerang menggunakan sebatang kayu bendera serta menumbuk mukanya sebelum pergaduhan itu dileraikan.

Mangsa ketika itu rebah dan dia yang mempunyai sejarah serta rekod penyakit jantung, darah tinggi dan sakit tulang belakang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Difahamkan, suspek bekerja di restoran berkenaan sejak Disember lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular