HomeUtamaKPM umum peruntukan RM100,000 kepada dua sekolah di KK

KPM umum peruntukan RM100,000 kepada dua sekolah di KK

Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua sekolah di daerah ini iaitu Sekolah SK (C) Anglo Chinese dan SJKC Chung Hwa Likas, masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan baik pulih dan penyelenggaraan sekolah-sekolah tersebut.

Lim (dua dari kiri) bersama Abidin dan Guru Besar SK (C) Anglo Chinese Mok Sun Fu (kanan) semasa melawat keadaan sekolah tersebut.

“Setelah membuat tinjauan bersama pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan ini saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan sedikit peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan kepada Sekolah SK (C) Anglo Chinese sebanyak RM 100,000.

“Dengan syarat pelaksanaan perlu mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh KPM,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di sekolah terbabit pada Selasa.

Sementara itu, Lim turut mengumumkan RM100,000 peruntukan sama kepada SJKC Chung Hwa Likas selepas beliau mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada hari sama.

Menurut Lim, kementeriannya akan melawat semua sekolah di seluruh negeri termasuklah menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak

“Tujuan saya mengadakan lawatan hari ini, seperti selaras dengan Menteri Pendidikan kita akan melawat ke semua sekolah seluruh negeri, terutamanya kita akan menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak.

“Jadi sekolah-sekolah yang mana perlukan apa-apa kita titikberatkan terutamanya sekolah-sekolah yang daif dan juga akan menyelesaikan masalah kekurangan murid serta masalah pengurusan sekolah,” jelasnya.

Terdahulu, semasa mendengar taklimat dari Guru Besar SK (C) Anglo Chinese, Mok Sun Fu, beliau sangat kagum dengan pencapaian murid-murid di sekolah tersebut.

“Setelah saya melawat sekolah ini, saya amat kagum dengan pencapaian murid-murid dan dedikasi bersama dengan guru-guru mereka yang telah mencapai pencapaian sangat memberangsangkan, tapi memandangkan ada sedikit masalah di bangunan sekolah, ada anai-anai, ada bumbung yang bocor dan juga kekurangan tandas. Jadi saya mengumumkan satu peruntukan RM100,000 kepada sekolah untuk tengok bagaimana mereka boleh menaiktarafkan bangunan sekolah di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Lim juga turut merancang dalam tahun ini, beliau akan pergi ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah di kawasan tersebut.

“Saya akan serahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk membuat rancangan dengan pejabat saya, memang ini satu rancangan saya nak capai dalam tahun ini untuk pergi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular