Gempa Bumi Turkiye – Pasukan SMART dijangka masuk ke kawasan ‘Ground Zero” hari ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

ADANA —  Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka akan mula memasuki kawasan “ Ground Zero” hari ini.

Pasukan SMART yang berlepas pada 6 Februari lalu dan tiba semalam kini sedia ke kawasan bencana selepas terdapat kelewatan berikutan masalah kesesakan di lapangan terbang Adana yg merupakan pintu masuk ke ‘ground zero’.

Pasukan itu dijangka akan menyertai pelbagai pasukan penyelamat antarabangsa lain yang turut diaturgerak ke negara berkenaan ekoran gempa bumi kuat yang melanda di wilayah sempadan Turki-Syria baru-baru ini.

Menurut maklumat yang disiarkan facebook rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pergerakan menggunakan jalan darat dari Adana ke Aziantep akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

“ Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan Team di sana” kata agensi itu lagi

Dalam pada itu Angka korban terbaharu akibat gempa bumi dahsyat Isnin lalu di tenggara Turkiye dan sempadan Syria sudah melepasi 7,800 orang.

menurut laporan Theguardian.com, di Turkiye, seramai 5,894 orang disahkan terbunuh manakala 1,932 orang maut di Syria dengan jumlah keseluruhan 7,826 kematian.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran bahawa jumlah korban boleh melebihi 20,000 orang.

Usaha menyelamat awal dikatakan terhenti akibat gempa kedua berlaku pada pukul 1.24 tengah hari (waktu tempatan) yang berukuran 7.5 magnitud.

Keadaan cuaca sejuk dan bersalji turut menyukarkan operasi menyelamat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *