HomeUtamaKolaborasi MUIS, agensi pemberi latihan kemahiran berjaya sahut Hala Tuju SMJ

Kolaborasi MUIS, agensi pemberi latihan kemahiran berjaya sahut Hala Tuju SMJ

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Inisiatif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah mengadakan kolaborasi bersama operator serta agensi pemberi latihan kemahiran mampu memperkasa pembangunan modal insan dan ekonomi belia asnaf di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu juga telah berjaya menyahut seruan Ketua Menteri bagi menjayakan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, Hala Tuju SMJ itu adalah menerusi komponen Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Hari ini kita telah mengadakan satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk memberikan latihan kepada anak-anak kita khususnya golongan asnaf selain memberi kemahiran.

“Sudah pasti menerusi latihan dan kemahiran yang diperolehi akan dapat membantu mereka berdikari khususnya bagi mendapat pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Menandatangani MOU di antara MUIS dan Ria Academy & Consultany Sdn Bhd di sini hari ini.

Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

Hadir sama Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin dan Timbalan Yang Dipertua MUIS Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

Mohd Arifin berkata, seramai 70 orang belia asnaf dari seluruh Sabah dipilih pada fasa pertama bagi mengikuti projek perintis iaitu Kursus Pengendali Perancah (Scaffolding) yang diadakan di Sabah. 

Katanya, kursus ini akan memperkenalkan pengetahuan asas mengenai pemasangan perancah seperti komponen-komponen, aspek praktikal dalam menjalankan aktiviti dan pra-pemasangan yang sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan atau serba sedikit pengetahuan mengenai pemasangan perancah.

“Mereka akan dilatih dalam beberapa bulan selepas itu, mereka akan mendapat tauliah untuk kursus-kursus yang mereka ceburi dan kita akan membantu mereka untuk mendapatkan pasaran pekerjaan.

“InsyaAllah selepas itu mereka boleh berdikari dan mendapat pekerjaan itu yang kita mahu,” katanya.

Terdahulu, para peserta di kalangan belia asnaf ini akan menghadiri Program Latihan/ Kursus Kompetensi selama 14 hari sebelum diserapkan dalam Latihan Dalam Pekerjaan dalam tempoh tiga hingga enam sehinggalah Penempatan Pekerjaan.

Keistimewaan program ini, peserta di kalangan belia asnaf yang berpotensi akan mendapat jaminan pekerjaan. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular