HomeUtamaTindakan tiga ADUN Warisan keluar parti, Junz Wong patut salahkan diri sendiri...

Tindakan tiga ADUN Warisan keluar parti, Junz Wong patut salahkan diri sendiri – Nizam

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Tuduhan Datuk Junz Wong bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggerakkan usaha menyebabkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan meninggalkan parti Warisan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam berkata, kenyataan Junz itu menunjukkan bahawa beliau naif tentang kelemahan partinya sendiri.

Kenyataan Junz berikutan, pada Isnin lalu, tiga ADUN Warisan telah mengumumkan bahawa mereka meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap halatuju parti itu serta mengambil kira pandangan akar umbi masyarakat di kawasan yang mereka wakili.

“Selain dari itu, rakyat juga kebosanan dengan tindakan pemimpin parti itu yang sentiasa mencipta pelbagai polemik dan ketidakstabilan politik di Sabah sehingga memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat,” kata Nizam dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Nizam, sepatutnya, selepas majoriti rakyat Sabah membuat keputusan melalui Pilihan Raya Negeri ke 16 (PRN-16) Sabah, maka kepimpinan Parti Warisan perlu menerimanya dengan lapang dada dan seterusnya memberi peluang pada parti yang diberi mandat untuk mengurus dan mentadbir demi pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri.

“Mereka sepatutnya mengambil peranan sebagai semak dan imbang.

“Tuduhan kedua Datuk Junz bahawa kononnya Datuk Seri Hajiji Noor, Pengerusi GRS, tidak ikhlas dalam membentuk Kerajaan Perpaduan pasca PRU-15 juga suatu yang bertentangan dengan tindakan pemimpin Warisan sendiri,” katanya.

Kata Nizam, Junz juga mempamerkan sifat hipokrit apabila beliau menyeru Suruhanjaya Pencegagahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat 3 ADUN yang keluar dari parti Warisan itu sedangkan pada Mac, 2022, Dua ADUN (Elopura dan Sri Tanjung) selepas meninggalkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga menyertai Warisan, beliau (Junz) pula tidak minta SPRM melakukan perkara yang sama ketika itu.

“Ternyata beliau (Junz) mengambil sifat seruan berpilih dalam hal ini,” jelas Nizam.

Beliau berkata, Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah, telah menunjukkan prestasi yang baik dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2020-2025) yang jelas dan terbuku.

“Kutipan hasil yang meningkat, pelaburan yang meningkat, pemulihan ekonomi menerusi pertumbuhan positif serta pencapaian dalam merealisasi perkara-perkara yang berkaitan dengan MA63.

“Semua pencapian ini adalah suatu manifestasi pengurusan dan pentadbiran negeri yang cemerlang. Justeru itu, tidak hairanlah jika ada lagi ADUN pembangkang akan keluar parti mereka dan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor dalam masa terdekat ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya