HomeSukanSabah FC tekad beri aksi terbaik musim ini

Sabah FC tekad beri aksi terbaik musim ini

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC mahu memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap perlawanan selain menyasarkan dapat mengutip tiga mata penuh dalam setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Ketua Pasukan Sabah FC Baddrol Bakhtiar berkata, pasukannya juga mahu membawa skuad Badak ketahap yang lebih baik pada aksi kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim ini.

“Pada musim ini, sasaran kami adalah pada satu perlawanan ke satu perlawanan lain dapat memberi yang terbaik selain pada setiap perlawanan dapat memperolehi tiga mata.

Baddrol Bakhtiar

“Selain itu, tahun ini sasaran kami juga adalah untuk membawa Sabah FC dalam kempen Piala AFC ke tahap yang lebih tinggi. Bagi kami, kami tidak meletak impian atau ‘target’ lebih tinggi sebab jika kami ‘target’ ke tahap yang lebih tinggi mungkin itu menjadi satu tekanan kepada setiap pemain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media perlawanan persahabatan Sabah FC bertemu Geylang International FC dari Singapura, di Stadium Likas di sini hari ini.

Pertemuan sulung aksi pra musim kedua-dua pasukan itu bakal berlangsung di Stadium Likas, di sini, malam esok.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Jurulatih Geylang International FC,Mohd Noor Ali; Kapten Pasukan Geylang International FC, Joshua Pereira dan Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw.

Baddrol yang bermain dengan Sabah bagi musim kedua tahun ini menyifatkan perlawanan pra musim yang disertai skuad Badak termasuk ketika kem latihan di Thailand baru-baru ini sebagai masa yang sesuai untuk membentuk keserasian pemain, terutama pemain yang baru menyertai skuad Sang Badak.

“Pre season’ ini adalah masa terbaik untuk kami mencari kombinasi yang terbaik dan kami akan mengikut arahan yang diberikan oleh jurulatih.

“Bagi saya sendiri, dengan kemasukan pemain yang baharu pada tahun ini adalah satu pertambahan yang bagus untuk pasukan dan ini memberi persaingan baik kepada setiap pemain bersaing mendapat tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Terdahulu, pada sidang media bersama Geylang International FC, Baddrol turut menyifatkan pertemuan Sabah FC dengan pasukan berkenaan malam esok sebagai perlawanan penting untuk beliau dan rakan pemain mencari kombinasi membentuk pasukan terbaik musim ini.

“Sabah FC kali ini dibarisi ramai pemain baharu. Kami akan beri sebaik mungkin persembahan dalam setiap perlawanan yang kami sertai,” katanya.

Sabah FC mengakhiri aksi Liga Super 2022 pada Oktober lalu dengan kedudukan tempat ketiga di belakang Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular