HomeIsu tempatanMPP UMS tingkat ilmu komunikasi bersama PKK

MPP UMS tingkat ilmu komunikasi bersama PKK

Read Time:2 Minute, 26 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Pusat Komunikasi Korporat (PKK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, di sini, semalam.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Presiden MPP, Teoh Kok Teo disambut oleh Pengarah PKK, Dr Jakaria Dasan dan Timbalan Pengarahnya, Ts. Dr. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor.

Menurut Dr. Jakaria, perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan pengetahuan barisan kepimpinan MPP mengenai hal-hal berkaitan dengan pengurusan media yang cepat dan efektif serta mengetahui elemen-elemen asas pencitraan, seperti teknik penggambaran dan grafik.

“Di samping itu, perkongsian mengenai asas hubungan awam, pengurusan protokol, dan pengurusan majlis serta membuat pubilisiti dan menangani krisis turut dikongsikan bagi meningkatkan kefahaman kepimpinan mereka terhadap model pimpinan pelajar yang berkesan.

“Untuk makluman, pada masa ini terdapat hampir 18,000 pelajar aktif di UMS. MPP berperanan sebagai organisasi utama pelajar dalam mengutarakan hal-hal kebajikan dan kemashlahatan semua pelajar ini ke pengetahuan dan kebijaksanaan pihak pengurusan untuk mengusaikannya,” jelas beliau.

Hadir sama, Ketua Jabatan Multimedia, Publisiti dan ICT MPP, Dale Jeffrey Gilimon dan ahlinya Riethanelia Usun Richard; Ketua Jabatan Hal Ehwal Akademik, Muhammad Naqiuddin Mohd Nazri, wakil Jabatan Kebajikan Mahasiswa, Muhammad Dhan Dhan Farsaudi; dan wakil Jabatan Pembangunan Mahasiswa dan Kompetensi MPP, Amirul Najmi Md Azmi.

Dr. Jakaria berkata, seiring dengan hasrat Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Mansor dalam usaha memperkasa kepimpinan pelajar, MPP juga berperanan sebagai rakan strategik pihak pengurusan universiti dalam menjelaskan segala dasar dan situasi semasa kepada pelajar.

Beliau yang juga Pensyarah Kursus Komunikasi Korporat di Fakulti Perniagaan, Ekonomi, dan Perakaunan (FPEP) UMS memaklumkan, pertemuan itu telah memberi panduan awal kepada MPP tatacara melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cekap khususnya dalam menjalankan kewajipan melaksanakan peranan komunikasi dalam organisasi kelak.

“Dalam ilmu komunikasi korporat yang menitikberatkan hubungan awam, setiap organisasi sekurang-kurangnya melaksanakan dua prinsip asas iaitu fungsi pengurusan, dan pengurusan reputasi.

“Fungsi pengurusan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pentadbiran sumber manusia yang harmoni dalam kalangan sesama kakitangan, dan juga dengan pihak awam atau pemegang taruh.

“Manakala, pengurusan reputasi adalah berkaitan dengan pengurusan krisis dan hebahan citra yang meningkatkan kedudukan sesebuah organisasi.

“Kita ada memberi beberapa cadangan kepada pihak MPP untuk mereka meningkatkan lagi kredibiliti dalam melaksanakan program-program yang bakal mengupayakan lagi kebolehan mereka memimpin. Bagi menjayakan program-program tersebut beberapa kepakaran praktikal akan dikongsikan kepada MPP,” tambah Dr. Jakaria.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, barisan MPP yang baharu ditubuhkan itu akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih cekap.

“Kerjasama strategik yang dirancang dengan PKK merupakan satu lembaran baharu yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan MPP,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Komunikasi Strategik PKK, Che Hasruddin Che Hasan; Ketua Unit Perhubungan Media, Salbinous Saribun; Ketua Unit Pengurusan Majlis dan Unit Perhubungan Awam, Mohammad Norazmi Haris; Ketua Unit Grafik, Ramdan Saleh Nain; Ketua Unit Fotografi, Ernest Berinus; dan Ketua Unit Video, Johaidi Ismail.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular