HomeIsu tempatanTerjun laut elak polis, remaja ditemukan lemas 

Terjun laut elak polis, remaja ditemukan lemas 

Read Time:32 Second

SANDAKAN — Seorang remaja warga Filipina lemas selepas terjun ke laut dipercayai mengelak diperiksa polis, dalam kejadian di Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan.

Dalam kejadian semalam, lelaki berusia 18 tahun itu ditemui rakan sekerjanya tidak jauh dari kawasan mangsa dipercayai terjun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, berkata pihaknya dimaklumkan melalui aplikasi sistem pesanan ringkas, WhatsApp bahawa mangsa ditemui terapung, pada 8.48 malam.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat remaja berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.48 malam,” katanya menurut Astro Awani.

Operasi SAR dijalankan bomba, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pelajar kejuruteraan UMS teroka pembinaan jambatan ‘Pre-Cast’ di Petagas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular