HomeGaya hidupBorneo Rumble Kidz ungguli pertandingan 'Street Dance'

Borneo Rumble Kidz ungguli pertandingan ‘Street Dance’

Read Time:1 Minute, 11 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Kumpulan Borneo Rumble Kidz berjaya memenangi pertandingan ‘Street Dance’ yang diadakan di Palm Square Centre Point di sini baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, Borneo Rumble Kidz berjaya membawa pulangan hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta hadiah sampingan.

Pertandingan yang diadakan buat kali ketiga itu telah disertai sebanyak lapan buah kumpulan  sekitar negeri Sabah.

Naib juara pertandingan itu dimenangi oleh Pselcouth (sel-couth) dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,00 beserta hadiah iringan manakala tempat ketiga dimenangi Kookie Family dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan hadiah iringan.

Kategori pertandingan dilaksanakan secara ‘Open Crew Showcase’ merupakan acara yang berlangsung sehari dengan dua pusingan: pusingan kelayakan dan pusingan akhir. 

Bagi memeriahkan lagi suasana acara tersebut, terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan untuk orang ramai sertai iaitu Cabaran Tarian Tik Tok Dance versi tarian diadaptasikan oleh pelakon dari siri TV Netflix – Wednesday, cat bercahaya, headband, dan sesi interaktif bersama pengacara untuk orang ramai menyertai dan memenangi beberapa barangan rasmi pertandingan tersebut. 

Pertandingan diteruskan dengan penampilan istimewa oleh DJ Big Boy dari Monkey Beat Entertainment.

Sementara itu, pusat beli-belah itu akan menganjurkan acara Lovin’ Vibe sempena Hari Valentine.

Beberapa aktiviti akan dijalankan pada hari tesebut, termasuk “Letter to Juliet”, hadiah Bunga & Teddy Bear, maskot Teddy Bear, booth dan persembahan akustik langsung “Love Melody”. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular