HomeIsu tempatanMasyarakat dipelawa sertai kempen derma darah 16 Februari ini

Masyarakat dipelawa sertai kempen derma darah 16 Februari ini

Read Time:55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

TAMPARULI: Masyarakat di sekitar Tenghilan di sini dipelawa untuk menyokong Kempen Menderma Darah di Dewan Sekolah Rendah Adventist (SRA) Pekan Tenghilan pada 16 Februari ini.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS), Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) Kota Kinabalu, dan Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli.

Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli, Rizkam Wenddy Yabin, berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, dan menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan.

“Melalui program ini, kita juga ingin memberi kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Para penderma akan menerima beras lima kilogram, sebagai tanda terima kasih daripada pihak penganjur atas keprihatinan mereka kepada pihak yang memerlukan.

Justeru beliau berharap agar masyarakat di sekitar Tenghilan, Topokon, dan Tamparuli dapat memberi sokongan padu kepada program berkenaan.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai program tersebut boleh berhubung dengan Daulin Gutak (01151165806), Michael Goh (01131540688), Danilo Batin (0138519776), Rizkam (01118818313), dan Ateng (0129182206). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular