HomeUtamaDua kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi dalam parit

Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi dalam parit

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA MARUDU: Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas di dalam parit, salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital manakala seorang lagi masih tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian kedua-dua mangsa berusia 10 tahun itu ditemui lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit Jalan Radu, Kota Marudu pada petang tadi (14 Feb).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang tadi berhubung kejadian itu.

Katanya, menurut maklumat yang diperolehi terdapat dua orang kanak-kanak dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit tersebut.

“Mangsa pertama berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, seterusnya dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Manakala mangsa kedua turut berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, mangsa kedua sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh seorang pegawai bomba PBKII KUP Lainor Unsigang yang berada di luar waktu penugasan di lokasi kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun menurut kenyataan itu, seorang mangsa dikenali sebagai Mohammad Azam Masrul Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan di hospital Kota Marudu.

“Seterusnya operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 5.45 petang tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular