HomeUtamaHajiji terbuka dengan sokongan BN Pusat

Hajiji terbuka dengan sokongan BN Pusat

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah kini lebih menumpukan perpaduan rakyat dan pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau tidak ada masalah dengan sokongan yang yang diberikan Barisan Nasional (BN) Pusat baru-baru ini terhadap kepimpinannya menerajui Kerajaan Negeri Sabah, malah bersikap lebih terbuka dalam hal menyatupadukan rakyat di negeri ini.

“Baguslah, jadi ini bermakna bahawa Kerajaan Negeri akan bertambah kukuh dalam konsep Kerajaan Perpaduan yang dipelopori oleh Perdana Menteri.

“Kita tiada masalah, yang penting ia baik untuk rakyat serta negeri Sabah, bagi saya, saya terbuka dalam hal seumpama ini kerana niat saya untuk sejahterakan rakyat serta menyatupadukan rakyat dan juga fokus kepada membangunkan negeri dengan pembangunan yang telah kita lancar dan juga program Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai sokongan BN terhadap kepimpinannya, Hajiji berkata, beliau tidak berdendam dan apa yang penting adalah untuk kepentingan rakyat.

“Dalam politik ini janganlah dendam-dendam yang penting untuk kepentingan rakyat dan juga Sabah.

“Itu yang penting, itulah tujuannya pemimpin-pemimpin ini supaya fokus kepada penyatuan rakyat perpaduan dan juga pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak dan rakyat akan mendapat manfaat. Ini tujuan kita berjuang dan berpolitik,” tegasnya.

Terdahulu, Barisan Nasional Pusat mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir berkata keputusan itu selari dengan ketetapan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

Zambry turut berkata, BN Pusat menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

KBSS perlu gerak program sesuai untuk belia Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular