Kerajaan pelu tingkatkan pendapatan negara, lantik pemimpin yang tahu tingkatkan GDP

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun sejak 2000 apabila berkembang pantas 8.7 peratus pada 2022, sekali gus pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Pada suku terakhir 2022, ekonomi negara berkembang 7.0 peratus dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, sekali gus menyokong pertumbuhan bagi keseluruhan tahun lalu mengatasi unjuran awal sekitar 6.5 peratus hingga 7.0 peratus.

Namun cabaran untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mengawal inflasi serta pendapatan rakyat juga merupakan satu cabaran yang harus diperkasakan kerajaan Pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pengasas BigBoys Academy, Rizwan Ramalan berkata tahap  Inflasi hari ni bukan isu permintaan dan penawaran yang biasa dihadapi sebelum ini.

Katanya rakyat Malaysia berhadapan kenaikan harga barang kerana kita mengimport terlalu banyak  produk seperti makanan ayam iaitu dedak.

Ini sekaligus menyababkan harganya menjadi semakin mahal seperti keadaan di dalam industri penternakan dimana harga ayam jadi mahal sebab kos input yang mahal.

Tambahnya Nilai ringgit susut tiap tiap tahun, Automatik segala barang import jadi mahal.

Menurutnya lagi nilai ringgit juga mengalami penyusutan kerana bajet deficit dan kerajaan terpaksa berhutang setiap tahun.

“  Hutang negara dah lebih 80% GDP. Macam bisnes, kalau tiap tiap bulan makan modal lama lama boleh bangkrap

“ Tapi bila negara, ini melibatkan kuasa beli kita. Kuasa beli rakyat automatik jadi makin rendah

Justeru Rizwan berharap Kerajaan perlu memberikan fokus pada pendapatan negara, mesti ada pemimpin yang tahu tingkatkan GDP negara.

“ Dasar dan undang undang kerajaan perlu dinamik mengikut kepentingan negara.

“ Contoh jika kerajaan perlukan dana pelaburan, urusan dana dari luar negara perlu dipermudahkan

Dan diakhirnya kerajaan perlu  fokus untuk capai produktiviti dan efisiensi katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *