HomeUtamaKes baharu Covid-19 menurun 19.4%

Kes baharu Covid-19 menurun 19.4%

Read Time:54 Second

KUALA LUMPUR — Kes baharu Covid-19 menurun sebanyak 19.4%, daripada 1,913 kepada 1,542 kes, pada minggu epidemiologi keenam (ME6) dari 5 Feb hingga 11 Feb, berbanding minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian meningkat sebanyak 166.7%, iaitu tiga kes kepada lapan kes dalam tempoh berkenaan.

Secara keseluruhan, katanya, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan menurun sebanyak 6.5% dengan pesakit kategori ringan dan kritikal kekal tiada perubahan masing-masing pada 0.4% dan 0.5%.

“Katil bukan kritikal tiada perubahan (8%), katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak 2%, pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan turun 0.2%,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kes positif yang dipantau pusat penilaian Covid-19 (CAC) juga menunjukkan trend penurunan dengan bilangan pesakit datang ke CAC turun 12.3%, namun kes dirujuk ke CAC meningkat 130% daripada 10 kepada 23 orang.

Setakat ini, sebanyak 5,039,326 kes Covid-19 dilaporkan di negara ini, dengan 9,490 kes serta lima kluster masih aktif.

Angka kumulatif kes kematian pula dicatat sebanyak 36,951 kes.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya