HomeUtamaSICC sediakan Menu Rahmah juadah berbuka puasa bulan Ramadan ini

SICC sediakan Menu Rahmah juadah berbuka puasa bulan Ramadan ini

Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah, sebagai langkah membantu golongan kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki berkata, Menu Rahmah akan diperkenalkan pada bulan Ramadan ini bermula pada 31 Mac hingga 21 April dari jam 5.00 petang hingga 12 tengah malam.

“SICC akan menawarkan Menu Rahmah juadah berbuka puasa dengan hidangan asas seperti nasi, sayur, lauk dan bubur pada harga RM5.00, RM10.00, dan RM12.00,”katanya pada sidang media semasa melancarkan majlis “A Taste of ASIAN” Ramadan Dinner Buffet di SICC pada Isnin. (13 Feb)

Rosmawati berkata, SICC memulakan Menu Rahmah sepanjang bulan Ramadan ini dan menyediakan hidangan makanan pilihan mampu milik yang boleh dinikmati oleh semua orang.

“Walaupun menu itu murah, namun kami akan menyediakan semua hidangan makanan kami daripada bahan-bahan yang segar dengan harga yang mampu milik khususnya untuk golongan yang kurang berkemampuan untuk makan di bufet Ramadan kami,” katanya.

Sementara itu, Rosmawati berkata, selain memperkenalkan Menu Rahmah, pihak SICC turut menawarkan 700 jenis juadah istimewa Berbuka Puasa bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan ini.

“A Taste of ASIAN” Ramadan Dinner Buffet turut disediakan bermula dari 31 Mac hingga 21 April ini.

“Terdapat 700 jenis hidangan termasuk masakan tradisional Melayu Diraja, makanan Asia dan pencuci mulut yang menarik di bawah bimbingan Chef Muhammad Hussain, chef de cuisine Melayu yang telah bersama SICC selama dua setengah tahun yang lalu dan disokong dengan pengalaman lebih 20 tahun, akan menyajikan hidangan bufet yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan masakan Asia yang lazat,” katanya.

Menurut Rosmawati, SICC juga menawarkan “Sungkai Takeaway” untuk makan malam Ramadan yang lazat disediakan dalam kotak dengan tiga pilihan untuk dipilih; menu DiRaja berharga RM228.00, menu Muhibbah dan menu Mubarak masing-masing berharga RM178.00. Ketiga-tiga kotak makanan tersebut boleh dinikmati empat hingga lima orang.

Katanya, Early Bird Vaucher juga tersedia untuk pembelian dari 1 Februari hingga 18 Mac 2023 pada harga RM118 seorang.

“Dapatkan tawaran sekarang dan hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 088-206008 atau 019 6250905 antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Tempahan awal sangat disyorkan untuk memastikan susunan tempat duduk dan ruang yang mencukupi untuk tetamu,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa makanan disediakan pihak SICC telah disahkan halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular