HomeUtama35 mangsa banjir di Penampang dipindahkan ke PPS

35 mangsa banjir di Penampang dipindahkan ke PPS

Read Time:28 Second

KOTA KINABALU : Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Penampang bagi menempatkan seramai 35 orang mangsa banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan berkata, PPS yang dibuka itu adalah di Pusat Kebudayaan Penampang.

“Seramai 35 mangsa melibatkan 10 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir di Penampang telah dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan berterusan semalam.

“Berikutan itu mereka telah dipindahkan ke sebuah PPS iaitu di Dewan Kebudayaan Penampang,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Situasi trend banjir di kawasan berkenaan menunjukkan trend peningkatan – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular