HomeUtamaBanjir di Penampang, Ewon arah Pusat Khidmat bantu Jawatankuasa Bencana Daerah

Banjir di Penampang, Ewon arah Pusat Khidmat bantu Jawatankuasa Bencana Daerah

Read Time:58 Second

KUALA LUMPUR: Kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Penampang telah diarah bagi membantu petugas Jawatankuasa Bencana Daerah Penampang untuk menangani situasi semasa banjir di daerah itu akibat hujan lebat sejak petang tadi.

Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, ini berikutan beberapa kampung dilaporkan telah dinaiki air.

“Saya baru berhubung dengan Pegawai Daerah Penampang (Francis Chong) mengenai situasi semasa banjir di Penampang.

“Pegawai Daerah telah mengisytiharkan berlakunya bencana banjir dan Bilik Gerakan Bencana telah diaktifkan. Semua petugas jabatan telah diminta bertugas sesuai dengan tugas dan jadual yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) juga dibuka mengikut keperluan dan operasi pemindahan mangsa banjir di lapangan juga dilakukan.

“Oleh kerana saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Parlimen, saya telah meminta semua pegawai pejabat Menteri saya yang berada di Sabah dan urusetia Pusat Khidmat Parlimen Penampang untuk membantu pusat bencana daerah,” katanya.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa daripada Pegawai Daerah dan agensi-agensi berkaitan bagi memantau bencana banjir di Penampang.

“Saya meminta semua penduduk mengambil langkah-langkah keselamatan sepanjang bencana dan cuaca hujan lebat ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya