HomeUtamaSSIC akan ditubuhkan di Sabah

SSIC akan ditubuhkan di Sabah

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sebuah agensi yang dikenali sebagai Perbadanan Industri Angkasa Sabah (SSIC) akan ditubuhkan dinegeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, agensi ini akan bekerjasama rapat dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menjalankan inisiatif membangunkan sektor AeroAngkasa di Sabah.

“Cadangan ini telah dibentangkan dan mendapat persetujuan Kabinet Negeri bagi membuat kajian kebolehlaksanaan. Sebagai langkah pertama, Kajian Kebolehlaksanaan akan dilaksanakan bagi mengkaji kesesuaian pembinaan Pusat Industri Pelancaran Angkasa Lepas (SLIC) Antarabangsa Sabah di lokasi yang akan ditentukan kemudian.

“SLIC juga apabila terlaksana, akan dapat memacu pertumbuhan 300 hingga 500 syarikat hiliran dalam industri AeroAngkasa dan akan membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Harun Durabi dan Setiausaha Tetap KSTI Datuk Zainuddin Aman.

Arifin berkata, pertumbuhan syarikat hiliran dan membuka peluang pekerjaan itu akan dapat memberi limpahan dan kemakmuran ekonomi di Sabah.

Katanya, beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama MYSA sebelum ini dan sebuah syarikat tempatan negara.

“Sehubungan dengan itu, sukacitanya saya ingin mengumumkan pada hari ini akan menjadi detik bersejarah bagi KSTI dan Kerajaan Negeri.

“Surat Niat ataupun Letter of Intent (LoI) bagi memulakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan ‘Sabah Space Launch’ (SSL) akan diserahkan kepada syarikat Sovereign Sengalang Sdn. Bhd,” katanya.

“Sekiranya kajian ini membawa indikasi positif, Sabah bakal membina ‘Space Launching Facility’ yang ke-16 di Dunia dan akan meletakkan nama Malaysia menjadi negara ke Sembilan yang memiliki fasiliti sedemikian,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, inisiatif ini bakal melonjakkan Sabah menjadi negeri ulung dalam konteks pemindahan ilmu dan teknologi AeroAngkasa bertahap tinggi di Malaysia.

Sementara itu, ketika ditemui, beliau berkata, kajian kebolehlaksanaan itu tertakluk kepada beberapa faktor.

“Misalnya dari segi keselamatan, alam sekitar dan lain-lain.  Jika semuanya positif, perkara ini akan dikemukakan kembali kepada Kabinet untuk pertimbangan seterusnya oleh Kerajaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya