HomeIsu tempatan120 peserta sertai Program Berkhatan Perdana

120 peserta sertai Program Berkhatan Perdana

Read Time:1 Minute, 14 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Seramai 120 orang peserta terdiri dari kanak-kanak sekitar Kampung Likas di sini menyertai Program Berkhatan Perdana yang kembali diadakan selepas dihentikan hampir tiga tahun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Program yang diadakan di Majlis Jamek Kampung Likas itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohd Yusof Apdal dan turut dihadiri Pengerusi Masjid Jamek Kampung Likas Datuk Seruji Nawawi.

Seruji ketika ditemui berkata, program yang dilaksanakan itu merupakan acara tahunan masjid berkenaan bagi membantu penduduk kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan berkhatan di klinik mahupun hospital.

“Ini merupakan program tahunan kita tetapi terhenti oleh kerana PKP dalam tiga tahun lebih dan pada hari ini kita mulakan semula.

“Sudah tentu antara lain, program ini diadakan adalah bagi membantu masyarakat khususnya sekitar Kampung Likas yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan berkhatan di klinik mahupun hospital,” katanya.

Beliau berkatra, program seumpama akan turut dilaksanakan pada setiap tahun selain turut terbuka untuk mereka yang bukan Islam.

“Kita sebetulnya bukan saja memberi kepada orang Islam untuk tujuan ini tapi turut terbuka kepada bukan Islam dimana pada hari ini ada seramai dua peserta bukan Islam juga menyertai.

“Bagaimanapun pada kali ini kami menghadkan penyertaan kepada peserta sekitar Kampung Likas dahulu dan akan mempertimbangkan untuk peserta luar menyertai pada program akan datang,” katanya.

Terdahulu, para peserta yang terlibat sebelum itu telah ditepung tawar sebelum dimandikan secara beramai-ramai menggunakan hos yang disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular