HomeUtamaKKD diminta bersama realisasikan sasaran liputan 4G sepenuhnya di Sabah

KKD diminta bersama realisasikan sasaran liputan 4G sepenuhnya di Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diminta untuk bersama membantu Sabah dalam merealisasikan sasaran liputan 4G di negeri itu kepada 100 peratus menjelang 2024.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arid berkata, sehingga kini Sabah baru mencapai 88 peratus liputan 4G di negeri itu.

“Untuk tujuan itu kita memohon KKD untuk memberikan tambahan menara dan pemasangan rangkaian gentian optik titik (PoP) di sekolah luar bandar di Sabah.

“Ini adalah bagi memberi jaminan kepada kestabilan perkhidmatan internet jalur lebar diteruskan dan diperluaskan di sekolah-sekolah yang belum disenaraikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Wisma TV Angkasapuri di sini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob dan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Zainudin Aman.

Mohd Arifin berkata, pihaknya turut memohon agar KKD dapat meneruskan pelaksanaan 300 VSAT bagi tahun ini.

Katanya, pihaknya turut memohon pembekalan peranti tablet pelajar sekolah golongan B40 atau yang menduduki  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini.

“Kita turut meminta KKD agar menambah jumlah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sebanyak 150 kawasan di Sabah menjelang 2025 dengan pengisian program ekonomi digital.

“Di kesempatan pertemuan itu, kita juga mencadangkan Program Sabah Digital Village bagi tujuan pelancongan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya