HomeUtamaJKNS terima permohonan Hospital Beaufort naik taraf tempat letak kereta

JKNS terima permohonan Hospital Beaufort naik taraf tempat letak kereta

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Hospital Beaufort kini dalam proses membuat pembelian batu kerikil bagi mengatasi masalah lubang (pothole) di tempat letak kenderaan sementara di hospital berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, ia termasuklah mendapatkan bantuan dari syarikat konsesi hospital untuk menimbus lubang-lubang tersebut.

“Hospital Beaufort adalah salah satu hospital pakar minor yang baru dinaiktaraf di Sabah yang turut menerima rujukan dari daerah Sipitang, Kuala Penyu dan juga Lawas, Sarawak.

“Pertambahan jumlah petugas kesihatan, pesakit, pelawat, serta jumlah kenderaan menjadikan kawasan tempat letak kenderaan sementara semakin sesak dan kejadian pothole kerap berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Rose berkata, keadaan cuaca yang kerap hujan juga menjadi punca kejadian tempat letak kenderaan sementara itu menjadi semakin teruk memandangkan tapak tersebut merupakan kawasan tanah timbus.

Katanya, berikutan itu, pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak Hospital Beaufort untuk menaiktaraf tempat letak kenderaan tersebut.

“Jabatan ini akan mengambil tindakan segera untuk membaiki pothole tersebut, dan memastikan projek naiktaraf diselesaikan dalam masa terdekat supaya keselamatan pesakit dan pengunjung di Hospital Beaufort terjamin.

“Jabatan ini memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan akan sentiasa berusaha memastikan kualiti perkhidmatan dan keselesaan fasiliti untuk rakyat berada pada tahap yang terbaik. Segala kesulitan adalah amat dikesali,” katanya.

Terdahulu, JKNS mengambil maklum aduan awam mengenai lubang ataupun potholes di tempat letak kenderaan sementara Hospital Beaufort menerusi satu keratan akhbar tempatan pada 13 Februari lalu. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya