HomeUtamaSiasatan pelajar rosakkan harta benda sekolah sedang dilakukan – Fadhlina 

Siasatan pelajar rosakkan harta benda sekolah sedang dilakukan – Fadhlina 

Read Time:1 Minute, 5 Second

NIBONG TEBAL – Sekumpulan pelajar yang terlibat dalam kegiatan vandalisme di sebuah sekolah menengah dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan lanjut berhubung insiden tersebut sedang dilakukan pihak sekolah termasuk memanggil ibu bapa kepada pelajar berkenaan.

Jelas beliau, pelajar yang dikenal pasti itu akan diberikan bimbangan serta kaunseling susulan berdasarkan video tular tersebut ia dilihat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita ambil maklum insiden tersebut dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sedang memantau ketat proses-proses siasatan yang dilakukan terhadap pelajar tersebut.

“Jadi pihak sekolah akan jalankan siasatan mengapa pelajar tersebut bertindak sedemikian selain bimbangan dan kaunseling kepada anak-anak (pelajar) itu.

“Kita memang tidak akan berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bantuan Awal Persekolahan Kadun Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Nibong Tebal di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadlina meminta orang awam menurunkan video yang memaparkan tindakan vandalisme pelajar tersebut yang telah dimuat naik di media sosial.

“Saya harap perkara ini tidak ditularkan kerana kita nak menjaga dan memelihara identiti anak-anak itu serta sekolah terbabit.

“Sehubungan itu, saya harap semua pihak dapat menurunkan video tersebut supaya kita dapat memberikan tumpuan untuk pemulihan kanak-kanak ini, khususnya kaunseling kepada mereka katanya. 

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular