HomeUtamaOrang ramai dinasihatkan tidak makan kerang-kerangan

Orang ramai dinasihatkan tidak makan kerang-kerangan

Read Time:54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Orang awam dinasihatkan untuk tidak memakan kerang-kerangan buat sementara waktu berikutan fenomena air merah atau Red Tide yang dikesan di perairan Tuaran.

Jabatan Perikanan Sabah semalam mengeluarkan notis amaran berhubung larangan memakan kerang-kerangan kepada umum.

Menerusi notis itu, fenomena itu adalah disebabkan peningkatan Alga Merah jenis Sel Pyrodinium bahamense yang agak tinggi, khususnya di perairan daerah berkenaan.

Notis itu turut memaklumkan, peningkatan alga berkenaan menyebabkan kerang-kerangan menjadi beracun dan boleh memudaratkan kesihatan awam.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah dinasihatkan agar orang awam tidak memakan kerang-kerangan buat sementara waktu.

“Jabatan Perikanan Sabah akan memantau dari semasa ke semasa perkembangan fenomena Alga Merah ini sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan berhubung fenomena itu boleh diperolehi dengan menghubungi Kompleks Perikanan Likas di talian 088-428410, 088-428415-6 dan 088-425677 atau  faksimili 088-425890.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat melalui Penguasa Perikanan Daerah di Pejabat Perikanan Daerah Kota Kinabalu Dan Tuaran melalui telefon bimbit 019-8620401(PPDKK) atau 012-8837723 (PPDTRN). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Permohonan subsidi tiket penerbangan untuk mahasiswa Sabah akan dibuka Disember 2024...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular