HomeSukanZon Lapan juara keseluruhan SKTS ke-13

Zon Lapan juara keseluruhan SKTS ke-13

Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

LAHAD DATU: Tiga Majlis Daerah mewakili Zon Lapan iaitu Majlis Daerah Lahad Datu; Majlis Daerah Semporna dan Majlis Daerah Kunak dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) ke-13 semalam.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan SKTS itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Naib juara kejohanan dimenangi Zon Enam yang terdiri daripada Majlis Daerah Tambunan, Majlis Daerah Nabawan, Majlis Daerah Tenom dan Majlis Daerah Keningau.

Manakala tempat ketiga dimenangi Zon Tiga terdiri  daripada Majlis Perbandaran Tawau.

Terdahulu, Joachim berkata, pihaknya berharap menerusi kejohanan itu akan dapat memberi kenangan manis selain dapat bekerja dengan lebih efektif dan proaktif khususnya kepada masyarakat.

“Saya berharap semua warga Kementerian dan PBT akan meneruskan tradisi yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi juga di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seharian samada di dalam mahupun di luar pejabat.

“Salah satu aspek yang amat positif ialah dengan kehadiran pengunjung ke Lahad Datu,  kita dapat membantu meningkatkan pendapatan warga Lahad Datu dalam masa seminggu SKTS diadakan,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini semalam.

Katanya, penganjuran kejohanan itu adalah hasil kerjasama semua pihak yang diberikan di pelbagai peringkat.

Pada SKTS kali ini, terdapat empat acara baharu yang diperkenalkan iaitu sukan elektronik (e-sukan), olahraga, gusti lengan dan memanah daripada 17 jenis acara yang dipertandingkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya