HomeUtamaPelantikan Ruji sebagai KSU KDN pengiktirafan buat Sabah - Mohd Zaki

Pelantikan Ruji sebagai KSU KDN pengiktirafan buat Sabah – Mohd Zaki

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Pelantikan Datuk Ruji Ubi sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan pengiktirafan terhadap kredibiliti anak Sabah, sekaligus membuktikan kerajaan Persekutuan semakin membuka ruang kepada orang Borneo untuk menjawat jawatan penting di kementerian itu.

Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata pelantikan itu bukan bertujuan untuk mengambil hati orang Sabah tetapi ia diyakini berdasarkan kemampuan serta pengalaman luas Datuk Ruji sendiri.

“Pemilihan Datuk Ruji sebagai KSU adalah tepat dan penempatan beliau di KDN juga suatu keputusan yang bijak.

“Dengan pengalaman luas beliau ketika menjawat pelbagai jawatan kanan sebelum ini, kita yakin beliau boleh memberikan nasihat yang tepat dan bernas berkaitan keselamatan dalam negara khasnya di Sabah.

“Kita juga yakin, Datuk Ruji boleh mengangkat martabat semua agensi di dalam KDN ke tahap lebih tinggi dan ini adalah sejarah yang membanggakan khususnya buat anak Tawau kerana buat pertama kalinya seorang anak Sabah dilantik sebagai KSU di KDN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada ketika ini, dua orang anak Sabah sedang berkhidmat sebagai KSU iaitu Datuk Seri Mohamad Mentek di Kementerian Komunikasi dan Digital serta yang terkini, Datuk Ruji Ubi di KDN.

Kedua-dua mereka pernah mengetuai pengurusan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sebelum bertukar ke jawatan lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Had laju diubah, kurangkan risiko kemalangan di Jalan Lintas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya