HomeIsu tempatanWarga asing rempuh sekatan jalan raya ditahan

Warga asing rempuh sekatan jalan raya ditahan

Read Time:2 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Polis berjaya menahan seorang warga asing kerana bertindak merempuh sekatan jalan raya (SJR) di lokasi Kilometer 12 Jalan Lahad Datu – Tawau dalam satu Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) yang dijalankan pihak Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Kejadian yang berlaku pada lewat tengah malam tadi, mendapati suspek berumur 37 tahun itu yang memandu sebuah kenderaan jenis Proton Wira dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Lahad Datu telah bertindak merempuh sekatan jalan raya walaupun diarahkan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, akibat daripada rempuhan tersebut telah menyebabkan sebuah motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Kawasaki EX250 mengalami kerosakan teruk kerana turut dirempuh oleh suspek dalam usaha untuk melepaskan diri daripada SJR itu.

Walau bagaimanapun, katanya, petugas petugas SJR lain tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Suspek yang cuba melarikan diri setelah rempuhan, berjaya ditahan dan turut dirampas adalah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback
(salon) yang dinaiki oleh suspek untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan, kes tersebut disiasat di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh suspek seperti berikut:

“Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya) yang boleh dihukum pejara selama tempoh boleh sampai 2 tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

“Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya) yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Seksyen 26(2) akta polis (tidak memenuhi apa-apa isyarat yang munasabah yang diberikan oleh pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan jalan raya) yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi
12 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

“Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 (memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa) boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih lebih RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

“Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (tiada memiliki suatu pas yang sah dikeluarkan dengan sah kepada mana-mana individu untuk memasuki Malaysia) boleh dihukum denga denda tidak lebih RM10,000 atau
penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, Rohan turut memberitahu bahawa suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi
membantu siasatan yang dijalankan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya