HomeUtamaLada bara berpotensi tambah pendapatan isi rumah penduduk

Lada bara berpotensi tambah pendapatan isi rumah penduduk

Read Time:1 Minute, 33 Second

BEAUFORT: Tanaman lada bara berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan selain membantu memperkukuhkan sektor pertanian komuniti di kawasan tersebut.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata, tanaman itu mempunyai nilai komersial yang baik dan sesuai diusahakan secara kecil-kecilan oleh masyarakat setempat.

Beliau berkata, usaha memperkenalkan tanaman lada bara kepada penduduk dapat membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan tambahan melalui hasil pertanian yang diusahakan di kawasan sekitar rumah.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan pengetahuan peserta dalam bidang pertanian, malah memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan tambahan melalui hasil tanaman yang diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Penyerahan Bibit Lada Bara DUN Lumadan yang berlangsung di Dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Beaufort, di sini pada Khamis.

Dalam program tersebut, hampir 50 peserta menerima bibit lada bara sebagai kumpulan perintis pertama yang akan mengusahakan tanaman berkenaan di kawasan masing-masing.

Selain menerima bibit, para peserta turut diberikan taklimat berkaitan teknik penanaman, penjagaan tanaman serta potensi pasaran lada bara bagi memastikan tanaman yang diusahakan mampu memberikan pulangan yang baik.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, penyertaan peserta dalam program itu merupakan satu permulaan positif ke arah membudayakan pertanian produktif dalam kalangan komuniti setempat.

Beliau berharap peserta yang terlibat dapat menjadi contoh kepada penduduk lain untuk memanfaatkan kawasan sekitar rumah melalui konsep kebun dapur dan tanaman yang mempunyai nilai ekonomi.

“Usaha ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga, malah berpotensi meningkatkan pendapatan sekiranya hasil tanaman dapat dipasarkan secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Amanah Raya serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Katanya, kerjasama pelbagai pihak amat penting bagi memastikan lebih banyak program berimpak tinggi dapat dilaksanakan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuhkan pembangunan sektor pertanian di kawasan Lumadan.

RELATED ARTICLES
Utama

Helah ubah suai kenderaan untuk simpan diesel terbongkar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular