Sabah FC diharap mampu cipta sejarah, jadi ‘role model’ kepada generasi muda

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Semua pengurusan, jurulatih dan para pemain Sabah FC diharap mampu mencipta sejarah selain membawa kejayaan kepada negeri ini khususnya dalam arena bola sepak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya turut berharap agar skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mampu menjadi ‘role model’ serta memberi inspirasi kepada generasi negeri khasnya golongan muda.

“Saya juga berharap pasukan Sabah FC dapat beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan sekaligus membawa pasukan ke aras yang lebih tinggi.

“Selain itu, saya pasti setiap perancangan dan strategi yang telah diatur oleh pihak pengurusan dan pasukan akan berjalan lancar serta membuahkan kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program hari terbuka Sabah FC di Stadium Likas di sini petang tadi.

Pada majlis itu, Shahelmey turut melancarkan Jersi terbaharu pasukan Sabah FC yang dinamakan sebagai ‘Home’.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Ahmad Marzuki Nasir dan Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee.

Shahelmey yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah FC dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, meskipun Sabah telah meraih beberapa kejayaan dalam sukan bola sepak di negeri ini, namun pembangunan sukan di peringkat akar umbi perlu terus diperkasakan.

Katanya, ianya tidak hanya memberi tangungjawab kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) malah kepada persatuan sukan berdaftar.

“Adalah menjadi harapan saya agar Sabah FC dan SAFA dapat berganding bahu bersama-sama memainkan peranan dalam merealisasikan impian kita meletakkan nama negeri Sabah di persada tertinggi,” katanya.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, kami akan sentiasa komited dan memberi sokongan padu kepada pasukan negeri dalam apa jua aktiviti sukan yang menjadi medium penyatuan masyarakat negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *