Sabah FC lancar Jersi baharu dinamakan ‘Home’, Sumandak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 30 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sabah FC hari ini melancarkan Jersi terbaharu yang dinamakan sebagai ‘Home’ dan Sumandak yang menjadi ‘signature’ terbaik bagi menggambarkan identiti negeri ini.

Pelancaran Jersi terbaharu skuad Badak itu telah disempurnakan Timbalan Ketua  Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya sempena Hari Terbuka Sabah FC di perkarangan Stadium Likas petang tadi.

Shahelmey ketika berucap merakamkan penghargaan atas usaha pihak pengurusan Sabah FC atas segala usaha dan idea yang sangat kreatif serta menarik.

Katanya, ‘Home’ ataupun rumah dilihat sangat dekat dengan hati masyarakat di negeri ini selain ianya mampu menjadi wadah kepada penyatuan dan kebanggaan rakyat di Sabah.

“Bagi pasukan Sabah FC, Stadium Likas adalah rumah dan kebanggaan. Gelaran yang diberi kepada jersi ini merupakan tanda penghormatan dan dedikasi kepada penyokong Sabah FC.

“Bagi jersi kedua yang diberi gelaran Sumandak, tahniah juga saya ucapkan atas idea ini. Dari sudut ‘marketing’ ianya adalah signature terbaik yang menggambarkan identiti negeri kita,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Ahmad Marzuki Nasir dan Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee.

Shahelmey yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah FC dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, seramai 70,000 daripada keseluruhan 180,000 penyokong yang hadir ke Stadium Likas musim lalu adalah wanita.

“Semoga dengan pelancaran dua jersi ini akan memberi semangat yang luar biasa kepada para pemain bola Sabah FC,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey menyifatkan kejayaan Sabah FC dalam dua aksi persahabatan sebelum ini boleh memberi gambaran  tahap permainan pemain Sabah FC pada musim ini.

“Keputusan yang memberangsangkan ini biarpun belum boleh diambil kira sebagai kayu pengukur tahap kekuatan kita tetapi saya yakin itulah gambaran yang kita akan bermain dengan bersungguh-sungguh mengambil kira segala teknik dan strategi yang disusun pada musim ini,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *