HomeUtamaMayat anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah

Mayat anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah

Read Time:54 Second

PUTRAJAYA — Jasad Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah petang ini.

Abangnya, Muhammad Fikri Abdullah, 41, berkata mayat adiknya diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang 5.30 petang tadi ke Lapangan Terbang Sandakan dan dijangka penerbangan tersebut mengambil masa kira-kira dua jam 45 minit.

“Tiba di Sandakan, mendiang akan dibawa ke kediaman keluarga kami di Kampung Maliau, Tongod. “Seramai 16 orang termasuk adik-beradik dan keluarga terdekat akan mengiringi mendiang pulang ke Sabah menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Proses bedah siasat mayat anggota komando itu di Hospital Banting selesai 2 petang tadi.

Pada 7 Feb lepas, Edrin yang juga anggota tentera darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau lebih dikenali sebagai komando dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.

Mangsa hilang ketika eksesais ‘Pari Harimau’ iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Sungai Udang, Melaka.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular