HomeUtamaElak lakukan aktiviti berenang di Pantai Awam Tanjung Aru 1, Teluk Likas...

Elak lakukan aktiviti berenang di Pantai Awam Tanjung Aru 1, Teluk Likas – DBKK

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti berenang di kawasan Pantai Taman Awam Tanjung Aru 1 dan Pantai Taman Awam Teluk Likas.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, ini selepas pihaknya menerima laporan pengesanan kehadiran obor-obor di dua pandai berkenaan.

“Untuk makluman, pihak DBKK telah menerima laporan pengesanan kehadiran obor-obor di Pantai Taman Awam Tanjung Aru 1 dan Pantai Taman Awam Teluk Likas.

“Oleh yang demikian pengunjung adalah dilarang untuk melakukan aktiviti berenang di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial DBKK di sini malam ini.

Katanya lagi, larangan itu adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan orang awam dan ianya berkuatkuasa serta-merta. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya