HomeIsu tempatanBelia mesti rebut peluang teroka bakat diri sebagai usahawan - Redonah

Belia mesti rebut peluang teroka bakat diri sebagai usahawan – Redonah

Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA MARUDU: Golongan muda diminta lebih gigih meneroka bakat diri khususnya bagi merebut peluang yang terbuka luas dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, proses meneroka bakat diri boleh dilakukan dengan menyertai pelbagai kursus, pengajian dan latihan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut beliau, dunia perniagaan hari ini memerlukan kebijaksanaan dalam mengetengahkan kemahiran dan kreativiti selain ilmu dalam bidang perniagaan.

“Seorang usahawan bukan sahaja menjalankan perniagaan untuk mencari pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Sebaliknya, usahawan sebenar mempunyai visi dan misi untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. 

Oleh itu, sasaran utama usahawan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda, sebenarnya ingin memastikan penawaran produk atau perkhidmatan itu dapat dimanfaatkan masyarakat, katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Penutupan Kuruss Master Class Of Professional Make Up Artistry di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Norcy BeautyLab Sdn Bhd, Norsiah Ahiddin dan 190 peserta.

Redonah berkata,  hasrat kerajaan hari ini ialah bagi memastikan golongan muda mampu bersaing dan merebut peluang khususnya dalam perkembangan ekonomi semasa tidak kira dalam apa juga peringkat sama ada kecil atau besar.

“Kesinambungan ekonomi dan belia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Perniagaan sememangnya teras bagi bidang keusahawanan, namun tidak semestinya setiap orang yang berniaga memenuhi kriteria sebagai usahawan. 

“Masyarakat secara umumnya, sudah terbiasa dengan istilah ahli perniagaan yang sering disamakan dengan usahawan. Namun, hakikatnya tidak semua yang berniaga itu layak digelar usahawan dalam konteks sebenar,” katanya.

Menurutnya, seorang usahawan bukan sahaja menjalankan perniagaan untuk mencari pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Sebaliknya, usahawan sebenar mempunyai visi dan misi untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

”Sasaran utama usahawan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda, sebenarnya ingin memastikan penawaran produk atau perkhidmatan itu dapat dimanfaatkan masyarakat,” ujarnya.

Beliau mengambil contoh mengenai bakat dan minat yang ditonjolkan dalam dunia solekan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan jika diteroka dengan bersungguh-sungguh.

Malah katanya, oleh kerana itu, bidang solekan tidak lagi terhad dikuasai oleh kaum wanita sebaliknya mampu diraih peluang oleh kaum lelaki tanpa had.

“Saya berasa amat gembira melihat penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan wanita dari kawasan Kota Marudu ini. Walaupun dalam kesibukan menguruskan hal-hal harian, namun masih lagi berusaha untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran.

“Kursus seperti ini adalah peluang kepada anda semua untuk memperbaiki diri dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mengenai keusahawanan,” katanya. 

Tambah beliau, permintaan bagi pasaran bidang solekan amat besar, malah jika dilihat di media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube, banyak yang menampilkan diri dengan menunjukkan kemahiran masing-masing dalam dunia solekan yang mengikut citarasa masa kini dan menjadi ikutan orang ramai untuk nampak cantik dan lawa. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Presiden Persatuan Alumni KTYS terima Darjah Kebesaran P.G.D.K

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular