HomeIsu tempatanTiga bot ditahan atas pelbagai kesalahan

Tiga bot ditahan atas pelbagai kesalahan

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan tiga buah bot secara serentak atas pelbagai kesalahan di kawasan sekitar 0.35 hingga 0.9 batu nautika Timur Madai Kunak semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, hasil rondaan yang dilakukan, pihaknya berjaya menahan dan memeriksa bot-bot tersebut sekitar jam 2.45 petang hingga 3.10 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (Kesalahan-kesalahan Bot Kecil Sabah 2008) serta Akta Perikanan 1985.

“Antara kesalahan yang direkodkan termasuklah mengubahsuai bot tanpa kebenaran, melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 0.9 batu nautika serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan bersama empat warga asing dari Filipina berusia antara 27 hingga 71 tahun.

Katanya, tekong, awak-awak bersama ketiga-tiga bot ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Zon Maritim Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu.

“Orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999.

Tambahnya, penahanan kes berkenaan adalah sebahagian daripada peranan Maritim Malaysia.

“Bagi memahami lebih dekat tanggungjawab yang dilaksanakan oleh agensi ini, seluruh rakyat Malaysia perlu mengambil peluang menyaksikan filem Coast Guard Malaysia : Op Helang yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya