HomeUtamaAIM bantu usahawan wanita berhadapan isu muflis

AIM bantu usahawan wanita berhadapan isu muflis

Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menjadi salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan pembiayaan kepada usahawan wanita termasuk mereka yang diisytiharkan muflis.

Menterinya, ini kerana AIM memberikan pembiayaan kepada semua usahawan wanita tanpa melihat latar belakang sama ada mereka berhadapan isu muflis atau sebaliknya.

“Kita telah memberikan pembiayaan kepada mereka yang memang ada isu bankrap bagi membantu mereka meneruskan perniagaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan  Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) yang bertanya usaha kementerian untuk merapatkan jurang di antara usahwan wanita bandar dan luar bandar, Ewon berkata, AIM dan Tekun Nasional iaitu agensi di bawah kementerian akan terus melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan.

“Kita tahu bahawa golongan usahawan wanita ini adalah pembayar hutang terbaik sebab itu kita menghargai sumbangan dan paranal mereka.

“Yakinlah bahawa dalam belanjawan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, kita berharap peruntukan yang lebih besar disalurkan kepada AIM dan Tekun Nasional untuk kita menjayakan pogram pembangunan usahawan wanita termasuk wanita luar bandar teristimewa di Sabah dan Sarawak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular