HomePolitikLima ADUN UMNO umum keluar parti sertai Gagasan Rakyat

Lima ADUN UMNO umum keluar parti sertai Gagasan Rakyat

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO hari ini mengistiharkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Antara yang terlibat adalah ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob; Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Jasni Daya (Pantai Dalit); Datuk Arshad Bistari (Tampasuk) dan Datuk Hamild @ Hamid Awang (Balung).

Perkara itu diumumkan Dr Yusof ketika mengetuai satu sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini petang tadi.

Selain itu, tiga ADUN yang sebelum ini mengumumkan keluar Parti Warisan (WARISAN) iaitu Mohammad Mohamarin (Banggi); Azzlinah Ariff (Kunak) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) turut menyertai Gagasan Rakyat.

Dr Yusof berkata, keputusan yang dibuat adalah selepas memikirkan mengenai hala tuju politik di Sabah berdasarkan beberapa prinsip.

“Antaranya adalah bagi mentaati dan mematuhi Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa kita perlukan kestabilan politik dalam Negara Malaysia dan setiap Negeri termasuk Negeri Sabah.

“Selain itu, perlunya untuk memahami kerajaan Negeri yang kuat dan stabil, bersatu padu untuk mencapai pembangunan dan kemajuan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat adalah perlunya untuk para pemimpin-pemimpin Sabah bersatu dibawah ‘Sabah Based Party’ untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan melaksanakan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Menginsafi bahawa perpecahan dan sengketa berpanjangan telah membantutkan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan ekonomi Negeri Sabah.

“Mengetahui bahawa kestabilan politik adalah kunci utama keyakinan pelabur tempatan dan luar untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Dr Yusof berkata, beliau bersama ADUN-ADUN lain turut membuat keputusan untuk memberi sokongan sebulat suara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan yang beliau terajui.

Selain itu katanya, pihaknya dan ADUN-ADUN lain turut memberi sokongan sebulat suara kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah.

Dalam pada itu, Dr Yusof berkata, ADUN Limbahau Datuk Juil Nuantim turut mengistiharkan menyokong Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

“Manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna Aziz Ibnu turut mengistiharkan keluar UMNO dan menyertai Gagasan Rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular