HomeSukanLSS diseru sediakan perkhidmatan terbaik untuk para pengguna - Ellron

LSS diseru sediakan perkhidmatan terbaik untuk para pengguna – Ellron

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin menyeru kepada Lembaga Sukan Sabah (LSS) supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna kemudahan sukan di pusat-pusat dan kompleks sukan yang terdapat di negeri ini.

‘Kita kena melihat semula dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan, ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya ia menimpa kepada pengguna yang menggunakan kemudahan dan peralatan kita,” kata Ellron.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina dan Hari Natal Lembaga Sukan Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada Selasa (21 Feb).

Selain itu, Ellron turut menekankan pentingnya pihak pengurusan untuk mendengar keluhan dan aduan daripada para pengguna bagi memastikan perkhidmatan dapat ditambah baik.

“Selaku kakitangan kita perlulah menyedari akan pentingnya aduan daripada orang awam, kerana itulah cara kita bertindak dalam memastikan sistem perkhidmatan kita lebih cekap, teratur dan selamat,” katanya.

Tambah beliau, pematuhan SOP, penyediaan peralatan dan kemudahan yang selamat serta penerimaan aduan orang awam secara terbuka adalah wajar dan merupakan keutamaan terpenting sebagai seorang kakitangan di LSS.

“Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kemudahan dan pusat sukan yang ditawarkan oleh LSS,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau amat menghargai semua pencapaian yang dilakar oleh LSS dan percaya kepada keberkesanan kerja secara berpasukan dari semua pihak.

“Melalui kerjasama berpasukan, semua tugasan dan peranan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan efisien,” ujarnya.

Beliau turut mengharapkan sokongan padu antara semua agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah agar dapat diteruskan bagi menjadikan negeri ini lebih maju dan membangun sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam memastikan pembangunan dan kemajuan dalam memperkasakan belia dan sukan di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular