HomeEkonomiPDK Putatan laksana Projek Tanaman Salad Sistem Hydroponic

PDK Putatan laksana Projek Tanaman Salad Sistem Hydroponic

Read Time:2 Minute, 34 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Putatan menyahut cabaran dengan menjalankan projek Tanaman Salad Sistem Hydroponic sebagai inisiatif untuk memajukan dan meningkatkan kemahiran golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di daerah itu.

Penyelia PDK, Noraina Mad, 37, berkata, sebanyak 204 pokok salad hydroponic berjaya ditanam di pusat PDK Putatan melibatkan sembilan orang tenaga pengajar bersama seramai sepuluh orang pelatih Orang Kurang Upaya (OKU) dewasa termasuk tujuh lelaki dan tiga perempuan.

Tenaga pengajar di PDK Putatan.

“Projek tanaman salad hydroponic ini adalah yang pertama di PDK seluruh Sabah iaitu terletak di daerah Putatan, yang merupakan percubaan pertama PDK Putatan dalam menjalankan aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat PDK Putatan di sini hari ini.(22 Feb)

Dari kiri Hartini, Noryasilah dan Noraina menunjukkan Tanaman Salad Sistem Hydroponic yang telah matang dan segar di PDK Putatan.

Projek yang mendapat bantuan dana dari Jabatan Pertanian sebanyak RM7,000 itu, Noraina berkata, dana tersebut merangkumi pembelian peralatan atau tempat khas untuk penanaman salad hydroponic manakala benih dan baja serta peralatan lain disediakan oleh pihak PDK Putatan sendiri.

Menurut Noraina, tercetusnya idea membuat aktiviti tersebut adalah selain meningkatkan kemahiran, ia juga membantu kebolehpasaran golongan OKU sekali gus boleh menjana pendapatan golongan tersebut apabila mereka tamat pembelajaran dari pusat PDK itu.

“Sambutan dari ibu bapa pelatih sangat menggalakkan dan jika projek ini berjaya, pelatih dewasa akan mendapat pendapatan sendiri, walaupun tidak banyak tetapi mereka boleh rasa hasil dari titik peluh sendiri.

“Pelatih yang terlibat dalam projek ini ialah autisma, sindrom down, masalah pembelajaran tetapi yang boleh ikut arahan dengan bantuan guru-guru di sini,” katanya.

Sementara itu petugas PDK Putatan, Noryasilah Mohd Yahya, 35, berkata, projek ini baru dilaksanakan pada Januari 2023 sejurus mendapat kelulusan bantuan dari Jabatan Pertanian Sabah.

“Kami mula menanam pada Januari tahun ini dan hasil penamaman salad selama 40 hari telah matang.

Orang awam datang membeli salad yang telah matang.

“Bermula Isnin dalam minggu ini, kami telah berjaya menjual kepada awam dengan harga RM5 (200gm). Sambutan sangat menggalakkan dan tindak balas dari pembeli semuanya positif, selain mereka berkata salad kami hasilkan ini segar dan tidak beracun,” katanya.

Antara cabaran yang semasa menjalankan aktiviti penanaman salad hydroponic, Noryasilah berkata, petugas perlu menjaga suhu baja.

“Petugas kena datang malam untuk jaga suhu, kena tengok sama aliran elektrik ada atau tidak, jadi kalau mati bekalan letrik kami akan bergilir-gilir untuk siram tanaman dari atas ke bawah secara manual,” katanya.

Manakala pelatih OKU ditugaskan untuk memeriksa air, suhu dan aliran air.

“Cikgu akan bantu, bawa mereka dan tunjuk cara untuk melakukan kerja-kerja menanam salad,” tambahnya.

Noryasilah turut memberitahu setakat ini tiada kerosakan pada tanaman salad mereka.

“Setakat ini tiada yang rosak, percubaan pertama ini, ada PDK dari Semenanjung yang tanam produk sama seperti ini memaklumkan, yang tanaman pertama mungkin serangga belum hidu, kemungkinan yang kedua akan terhidu dan itulah cabaran kami untuk penanaman yang kedua nanti,” jelasnya.

Disamping itu, pihak PDK juga turut mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan derma untuk tujuan aktiviti pelatih.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Projek Hartini Asid, guru-guru PDK dan Ahli Jawatankuasa PDK Putatan.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya