HomeUtama54.5 peratus sekolah di Sabah perlu kerja-kerja pembaikan segera

54.5 peratus sekolah di Sabah perlu kerja-kerja pembaikan segera

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Sebanyak 54.5 peratus sekolah di Sabah disifatkan berada dalam keadaan daif dan uzur serta memerlukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan segera.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia adalah berdasarkan jumlah yang direkodkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) pada tahun lalu.

“Menurut rekod JPNS pada tahun lalu terdapat 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah di negeri Sabah.

“Namun daripada bilangan sekolah tersebut terdapat sekurang-kurangnya 54.5 peratus  sekolah di Sabah disifatkan berkeadaan daif dan uzur serta memerlukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini malam tadi.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, sehingga Mei 2020, sebanyak 414 sekolah di Sabah mempunyai bangunan pada tahap skala impak enam yakni tidak selamat dengan pengesahan JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Katanya, laporan Menteri Pendidikan pada masa itu turut memaklumkan sebanyak 52 sekolah mempunyai bangunan tahap skala impak tujuh iaitu bangunan tidak selamat dengan pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau adalah salah satu sekolah yang terdapat dalam parlimen Putatan. Terdapat satu blok bangunan konkrit dua tingkat di sekolah ini yang menempatkan kelas-kelas pengajaran dan pembelajaran murid.

“Blok bangunan ini telah diisytiharkan sebagai tidak selamat oleh JKR sebanyak dua kali pada tahun 2015 dan 2022.

“Laporan ini telah dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan salinan kepada JPNS,” katanya.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang tindakan atau kerja-kerja pembaikan dijalankan dan ia menyebabkan murid-murid terpaksa menggunakan blok bangunan kayu lain yang telah usang.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, isu sekolah tumpang di Sabah menunjukkan rekod sehingga tahun lalu terdapat 23 sekolah di negeri ini yang terpaksa beroperasi dengan menumpang di sekolah-sekolah lain.

“Justeru, saya memohon KPM melihat semula isu ini dan mengambil tindakan penyelesaian segera,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya